ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PENGENALAN

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempongcelempong dan taklempong.

SEJARAH

Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal alat muzik ini. Terdapat beberapa pendapat yang menjurus kepada kesimpulan berikut:

Pendapat pertama:

Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman.’

Pendapat Kedua:

Pendapat ini datang dari orang Minangkabau yang mengimbas kembali kisah yang berlaku di Tanah Datar Minangkabau. Semasa pertabalan Tunku Laras, baginda tiba-tiba ghaib dan dipercayai dilarikan oleh Puteri Kayangan. Di kayanganlah baginda mendengar bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong.
PERKEMBANGAN
Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada ‘Bongai.’PERMAINAN CAK LEMPONG
            Caklempong dapat dimainkan melalui 3 jenis posisi :
·         Cara Tegak    :           bermain secara berdiri di mana bonang diletakkandi dalam tepak berkaki
·         Cara Duduk   :           bermain sambil duduk bersila di mana tepakbonang tidak berkaki
·         Cara Pacik     :           bermain secara berjalan atau berarak di manaBonang memerlukan 3 orang pemain. Setiap pemain membawa 2 bonang yang digantung dengan tali. Terdapat cara di mana sebelah tangan memegang bahagian sisi dalam , 2 bonang dengan diletakkan ‘berdiri’ iaitu kedua-dua muka bonang mendatar. Manakala tangan sebelah lagi akan mengetuk bonang menggunakan pengetuk yang dibuat daripada rotan yang dibalut dengan tali khas.
PERSEMBAHAN
Permainan Cak lempong secara umumnya diadakan sebagai permainan rakyat. Permainan ini turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana. Di antara persembahan permainan cak lempong adalah seperti berikut:
·         Hiburan umum·         Iringan tarian , contohnya tarian lilin, tarian piring dan tarian inai·         Iringi pencak silat·         Majlis pertabalan raja·         Sambutan tetamu Di Raja, kehormat dan sebagainya·         Perkahwinan·         Persembahan Kaba iaitu Cerita Penglipur Lara di mana dijadikan muzik iringan untuk mengekalkan minat penonton·         Drama tari randai.SPESIFIKASI ALAT
Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:

            Idiofon
                        Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canang
            Membranofon
                        Gendang anak, Gendang Ibu
            Aerofon
                        Serunai, bangsi, salong

FUNGSI ALAT
Alat-alat Caklempong mempunyai fungsi khusus dalam permainan seperti berikut:

 Gereteh        

Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord

 Sauwa          

Memainkan ostinato berirama/bes

 Tingkah

Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak gendang ibu untuk mengukuhkan rentak lagu

 Gendang ibu

Memainkan rentak lagu, mengawal tempo

 Gendang anak

Memainkan paluan meningkah (sinkopasi), penyeri rentak

 Serunai, bangsi,salong

Memainkan melodi lagu

 PENGENALAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG
Bonang

            Bonang Caklempong diperbuat daripada perunggu atau tembaga. Bentuknya sama seperti gong atau tetawak kecil. Saiznya sama besar dengan sebuah piring. Seperti gong, bonang juga mempunyai cembol atau tombol bulat di bahagian tengahnya. Bahagian inilah yang perlu diketuk. Bonang diatur di atas 2 baris tali yang telah diikat di dalam tepak Cak lempong. Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan bahagian luar cembol.

 Tepak

            Tepak ialah tempat di mana bonang Caklempong diletakkan. Tepak ini merupakan peti bersegi empat bujur yang diukur dengan ukiran awan larat. Bonang disusun secara diatonik di atas dua utas tali yang direnggangkan di tengah-tengah peti. Tepak gereteh boleh memuatkan dua baris bonang, iaitu 8 bonang sebaris.

 Tepak Tingkah Dan Sauwa

            Tepak Tingkah dan Sauwa ialah tempat di mana bonang diletakkan. Tepak ini merupakan peti bersegi empat bujur yang diukir dengan ukiran awan larat. Bonang disusun secara diatonik di atas dua utas tali yang direnggangkan di tengah-tengah peti. Tepak Tingkah atau Sauwa boleh memuatkan satu baris dengan 8 bonang.
 Gendang

            Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang berkulit lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.

            Gendang Anak adalah lebih kecil daripada Gendang Ibu dan mempunyai ton yang lebih tinggi. Peranan Gendang Anak ialah sebagai peningkah kepada corak irama Gendang Ibu.

            Gendang Ibu dan Gendang Anak biasanya diletakkan di atas lantai supaya mudah dimainkan dalam posisi bersila. Kedua-dua gendang mestilah diletakkan berdekatan di antara satu sama lain.

 Bangsi dan Serunai

                                             
 Pengetuk

Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketuk pada cembol bonang Cak lempong, hasil bunyinya tidak terlalu nyaring. Paluan yang baik ialah dengan cara menggunakan  tenaga paluan dari pergelangan tangan.
 Tingkah

            Cak lempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan corak irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.
 Sauwa
            Caklempong Sauwa mempunyai lapan bunyi bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan.            Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh). Susunan yang lazim terdapat pada Penyusunan Caklempong Sauwa adalah sama dengan Caklempong Tingkah. Walaupun kedua-duanya sama, corak irama permainan dapat menentukan perbezaan di antara kedua-dua set ini.
 SUSUNAN ALAT CAK LEMPONG DALAM ENSEMBEL                    Susunan alat Caklempong dalam Ensembel dicadangkan seperti berikut:


Rajah 3.11 : Susunan Alat Caklempong dalam ensembel 

Bahagian Hadapan Pentas 

Bangsi/Serunai 

Gereteh Satu 

Sauwa 

Gereteh Dua 

Gendang Anak 

Tingkah 

Gendang Ibu 

TEKNIK BERMAIN CAKLEMPONG
Posisi Pemain            Pemain mestilah duduk bersila menghadap Tepak Caklempong. Kedudukan pemain juga mestilah berada di tengah-tengah Tepak supaya memudahkan pergerakan tangan kiri dan kanan. Pastikan kayu pemukul dipegang dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat. Ketukan dilakukan dengan hanya menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Kekuatan ketukan hanya  pada pergelangan tangan.

Pemain Gendang
            Pemain gendang pula biasanya duduk bersila sambil memangku atau meriba gendang tersebut. Kedua-dua permukaan gendang dipukul dengan menggunakan tangan. Teknik pukulan adalah sama seperti teknik bermain kompang atau rebana, iaitu menghasilkan bunyi ‘pak’ ‘pung’ dan ‘pang’.
 Bilangan Pemain
            Biasanya 8 orang pemain diperlukan dalam sesebuah ensembel Caklempong, iaitu dua pemain Gereteh, seorang pemain Tingkah, seorang pemain Sauwa, seorang pemain Gendang Anak, seorang pemain Gendang Ibu dan dua orang untuk serunai dan bangsi. Permainan Caklempong boleh digunakan untuk mengiringi penyanyi atau kumpulan penyanyi.
 NOTASI CAKLEMPONG
 Notasi Gereteh            Notasi untuk Gereteh (melodi) menggunakan sistem nombor mengikut susunan Solfa seperti berikut:-


1          =          do2          =          re3          =          mi4          =          fa5          =          so6          =          la7          =          tiI           =          do 

Rajah 3.13 : Notasi gereteh 

Notasi asas iaitu setiap nombor melambangkan satu krocet. Jika nombor itu ada garisan di atasnya maka nombor tersebut melambangkan not kuaver. Tanda rehat ditunjukkan dengan menggunakan lambang sengkang (-). Nombor yang mempunyai garisan di bawah melambangkan ketukan dengan menggunakan tangan kiri.

Notasi Tingkah/Sauwa

Notasi Gendang
 PENJAGAAN
 Bonang
            Untuk memastikan bonang sentiasa mempunyai bunyi tonaliti yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:-
1.                    Ketukan dan pukulan pada cembol bonang hendaklah tidak terlalu kuat sementara kayu pengetuk mestilah kayu pengetuk seperti yang disyorkan.2.                    Jangan sekali-kali ketuk cembol bonang dengan kayu atau objek yang keras.3.                    setiap kali selepas bermain, bonang hendaklah diangkat dari tepak dan disimpan di dalam kotak atau tempat simpanan  yang sesuai.4.                    Penalaan bonang boleh dilakukan dengan cara yang betul.
Tepak
            Tepak Caklempong yang diukir berdasarkan corak awan larat, haruslah dijaga dengan baik supaya ia tidak tercalar atau terkopak. Seelok-eloknya selepas bermain, tepak ini dimasukkan ke dalam kotak atau dibungkus dengan kain. Jangan dedahkan tepak  pada panas matahari.
Serunai dan Bangsi
            Serunai dan bangsi yang diperbuat daripada buluh boleh tahan lama jika dijaga dengan baik. Penjagaan serunai dan bangsi adalah rumit kerana ia mempunyai lidah (reed) yang mudah pecah atau terkopak. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya serunai dan bangsi disimpan dalam dompet atau kotak khas.

 Gendang Ibu dan Gendang Anak
            Gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan yang diperbuat daripada kulit. Bagi memastikan ketahanan permukaan kulit, tali penegang hendaklah dikendurkan  selepas bermain dan tidak didedahkan terus kepada panas matahari. 

i love music more than you :')

Design a site like this with WordPress.com
Get started