ALAT MUZIK GHAZAL JOHOR

PENGENALAN

Ghazal merupakan kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini. Pada Peringkat permulaannya, Seni ghazal ini disebut sebagai “Gamat” yang bererti riuh-rendah dan dikatakan ia berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalinkan hubungan yang erat dengan Kerajaan Riau Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering berulang alik ke Riau. Di mana mereke sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di Istana Sulta Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura. Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada Sultan, pembesar-pembesar negeri dari golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd Salleh Bin perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni muzik ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah- rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu. Selain Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini, antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd Khalid ( Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu,munculah Haji Musa Bin Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Dato’Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah- tengah keluarga yang mencintai seni ghazal, Pak Lomak idak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali.

PAK LOMAK BAPA GHAZAL MELAYU JOHOR
Muzik ghazal sebuah muzik tradisional Melayu yang popular dipercayai dibawa oleh orang- orang India ke Johor dalam tahun 1920-an. Pada mulanya, muzik ghazal diperkenalkan kepada anggota Pasukan Timbalan Setia Johor oleh pelatih-pelatih askar yang dibawa khas dari India. Kenyataan ini dibuktikan oleh individu pertama yang memperkenalkan seni muzik ghazal kepada masyarakat Melayu Johor pada waktu itu iaitu Haji Musa bin yusoff. Beliau merupakan salah seorang anggoa Pasukan Timbalan Setia Johor yang lebih dikenali dengan nama Pak Lomak atau Mejar Lomak.
Beliau dilahirkan di Batu Pahat pada 27 Mac 1889. Bapanya Allahyarham,Tuan Haji Yusoff bin Mohd.Salleh ialah bekas Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Johor. Datuk Allahyarham, Dato Mohd Salleh bin Perang( Dato’ Bentara Luar Johor) merupakan tokoh yang telah mengasaskan pembukaan daerah Batu Pahat dan Muar Johor. Beliau mula mempelajari seni ghazal daripada pelatih-pelatih india dalam Pasukan Timbalan Setia yang membawa bersama mereka permainan Ghazal dari India. Pak Lomak terkenal dengan kebolehannya memainkan alat-alat muzik ghazal terutamanya alat harmonium. Beliau juga boleh menyanyi lagu-lagu ghazal yang pada waktu itu dinyanyikan dalam bahasa Urdu,bahasa rasmi orang- orang kawasan Timur India.
Berdasarkan pengalaman dan bakat yang terserlah dalam bidang seni itu. Pak Lomak mula menterjemahkan atau menyesuaikan lagu-lagu Ghazal daripada bahasa urdu ke bahasa Melayu. Di sinilah ber,ulanya perkembangan Ghazal Melayu di negeri Johor. Pak Lomak juga mencipta lagu-lagu ghazal Melayu dan antara lagu-lagu yang sangat terkenal sehingga sekarang ialah Seri Mersing dan Gunung Banang. Pak Lomak pernah berkhidmat di daerah Mersing pada tahun 1923-1924. Beliau telah mencipta lagu Sri Mersing semasa berkhidmat di Mersing. Seri Mersing dipercayai dinyanyikan buat pertama kalinya dalam tahun 1925 di Singapura.
Ghazal Johor terus berkembang dengan wujudnya beberapa perubahan yang dilakukan misalnya alat-alat muzik tambahan. Ramai pemain muzik dan penyanyi ghazal muncul hasil cetusan didikan Pak Lomak. Lagu- lagu ciptaan baru diusahakan dan dalam tahun-tahun 30-an banyak perubahan telah berlaku. Pengaruh India mula berkurangan dan hanya yang masih kekal adalah dalam penggunaan alat muzik harmonium dan tabla. Dari segi nyanyian pula hanya beberapa patah lagu tertentu sahaja yang masih ada unsur-unsur penagruh india. Ghazal Johor terus diminati hingga ke tahun 60-an dengan berkembang hingga ke Singapura. Beberapa kumpulan ghazal telah muncul dan lahirlah pemuzik- pemuzik dan penyanyi- penyanyi ghazal yang terkenal pada zaman itu seperti Ahmad Jusoh, Hamzah Dolmat, Rosiah Chik dan Kamariah Noor memulakan kegiatan mereka. Namun demikian, Hamzah Dolmat tidak kekal dalam bidang ghazal tetapi memulakan tradisi muzik asli walaupun beliau tidak menolak jika ada kesempatan untuk bermain muzik ghazal.
Pak Lomak telah kkembali ke rahmatullah pada hari selasa 27 Jun 1960 jam 11.20 malam. Beliau telah banyak meninggalkan jasa yang yang tetap menjadi kenangan dalam bidang kebudayaan dan kesenian Melayu Johor. Sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan seni ghazal, Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim telah menwujudkan ‘Piala Pak Lomak’ sebagai piala rebutan pertandingan Ghazal Kebangsaan Johor mulai tahun 1998 yang diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.

ALAT-ALAT MUZIK GHAZAL JOHOR
Menurut Allahyarham Pak Lomak, permainan ghazal Melayu adalah suatu cara Permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sebagai hiburan di dalam kesenian Melayu yang ditiru menurut cara orang Hindustan. Dalam bahasa Hindustan permainan ghazal disebut “Gamat”. Pancaragam Gamat menggunakan empat jenis alat bunyian iaitu Syaringgi, sitar, Harmonium dan Tabla. Syaringgi rupanya adalah berbentuk seperti tongkang kayu, bertali tiga, dimainkan dengan digesek dengan penggeseknya. Sitar berupa seperti buah labu, diberi berbatang panjang, talinya ujuh dipetik dengan pemetiknya. Harmonium adalah serupa dengan harmonium yang digunakan dalam pancaragam ghazal, demikian juga tabla. Pada peringkat awalnya seni ghazal dalam Kesenian Melayu di Johor hanya menggunakan dua jenis alat muzik yang digunakan dalam permainan Gamat iaitu harmonium dan tabla. Alat syaringgi digantikan dengan biola dan sitar digantikan dengan gambus. Dalam perkembangan seterusnya, pancaragam ghazal ditambah dengan gitar dan satu dua alat muzik yang lain.

a.) Peti Harmonium
– Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti Harmonium digunakan sebagai alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu Ghazal.

b.) Tabela/ Tabla– Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan yang besar Dinamakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo.

c.) Biola / Violin
– Viola biasa disebut Biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripaa Violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetpai violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, jepun dan Negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik Sharinggi India.

d.) Gambus
– Sejenis alat muzik yang berasal dari Negara Arab, juga dikenali dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor.

e.) Gitar– Sejenis alat muzik dari negara Barat. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi dan rentak muzik ghazal Johor.

f.) Tamborin
– Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan ( India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo.

g.) Marakas
– Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

CREDIT TO : http://ghazal-smp2252.blogspot.com/2010/09/ghazal-johor.html

i love music more than you :')

Design a site like this with WordPress.com
Get started