
Selamat datang ke Blog Muzikal yang direka khusus oleh saya, Nik Nur Atirah binti Wan Ismail dari Opsyen Pendidikan Muzik (SK). Sejajar dengan itu, saya merupakan siswa guru daripada Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Tujuan utama kewujudan Blog ini adalah untuk berkongsi dengan masyarakat di luar sana mengenai ilmu-ilmu Muzik. Tambahan pula, saya diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah Blog yang penuh dengan maklumat mengenai ilmu muzik dari pelbagai sumber dan rujukan oleh rakan-rakan blog yang lain. Namun, saya telah meletakkan credit sebagai rujukan bagi info yang saya dapati dari blog atau sesawang lain.
Walaubagaimanapun, saya ingin memanjatkan sejuta kemaafan jika Blog ini serba kekurangan dan tidak seberapa. Diharapnya, tuan puan dapat mengaplikasikan ilmu yang terkandung di sini sebaiknya. Sebarang komen, saya terima untuk penambahbaikan pada masa hadapan Saya mendoakan kesejahteraan saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, terima kasih! 🙂
-CIKGUATIRAH-